Wednesday, April 30, 2008

{ EDISI KHAS PEPERIKSAAN }


tempat yang menggerunkan semua ahli peperiksaan..


"agar kita tenang menjawab peperiksaan.."


"baca semua topik biar terperinci walaupun banyak.."


"AGAR KITA BERSAMA MERAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG "

Monday, April 28, 2008

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN BERJAYA

BAIT IZZAH-26 April,Sekali lagi Unit Pengetahuan & Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (UPAP DPMT) sesi ini berjaya menganjurkan Kursus Motivasi Kecemerlangan.Kursus dimulakan pada jam 2.30 petang dengan ucapan Pengerusi DPMT Ust.Wan Hadiyuddin B.Wan Mahmood.
Memetik ucapan Pengerusi DPMT,beliau menyeru kepada semua ahli untuk belajar bersungguh-sungguh & bersama rakan-rakan yang lain untuk mencapai kejayaan disamping peranan sebagai penuntut ilmu Allah.
“Belajar ilmu agama itu sendiri merupakan satu tuntutan & mesti mengamalkan apa yang telah kita pelajari.Sahabat-sahabat juga perlu melipatgandakan usaha & membantu yang lain bagi meraih kecemerlangan di dalam peperiksaan.”,kata beliau.
Agenda diteruskan dengan ucapan penceramah jemputan,Ust Ahmad B.Yussuf yang juga lepasan Universiti Al-Azhar Tanta & merupakan salah seorang pelajar cemerlang apabila meraih pangkat Jayid pada tahun pertama & Jayid Jiddan pada tahun berikutnya.Turut membanggakan lagi dengan pencapaian pangkat Mumtaz di peringkat Ijazah Sarjana Lanjutan (M.A) di Universiti Al-Azhar Kaherah dalam Jurusan Usuluddin pengkhususan Tafsir.
Antara ucapan motivasi dari beliau ialah dekatkan diri setiap pelajar dengan Allah,kuatkan semangat ingin tahu tentang sesuatu ilmu dan sedar tanggungjawab sebagai pembawa agama & terhadap masyarakat di tanah air kelak.Beliau juga sempat berkongsi tips persediaan peperiksaan kepada peserta diantaranya banyakkan doa,cari cara sendiri yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran & berikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan.
Kursus yang terdiri dari 50 peserta ini diakhiri pada jam 6 petang dengan penyampaian cenderahati kepada ceramah jemputan diikuti slot pelancaran tabung kebajikan kepada setiap penghulu kamsis anjuran Unit Kebajikan & Tabung Derma (UKTD) & slot penerangan Cakera Mawaddah 3 oleh Unit Penerangan & Penerbitan (UPP).


: penceramah motivasi undangan,Ust Ahmad B.Yussuf :


: ucapan dari Pengerusi DPMT :


: antara peserta yang mengikuti kursus ini :

Friday, April 25, 2008

@}"------ PANTUN PUJANGGA @}"-------



anak kecil berlari riang
murai berkicau pecah sunyi
tenangkan jiwa hati senang
pantun pujangga ingin dikongsi

peperiksaan tiba usahlah digeruni
adat duniawi wajib dilalui
susah senang saja nak uji
sejauh mana kefahaman diri

kitab tebal bukan halangan
jangan melatah fikirkan kejayaan
usaha padu itu diharapkan
tak kan harapan hanya impian

baca & faham satu keperluan
mantapkan strategi kuatkan hafalan
jaga diri serta kesihatan
agar selamat sehingga tamat peperiksaan

pen dan pembaris jangan dilupa
kerneh peperiksaan mesti dibawa
banyakkan solat & doakan semua
agar kejayaan milik bersama

buat yang terbaik pesan teman
biar berjam hilangkan bosan
selagi kertas belum diserahkan
nama & sabjek mesti dipastikan

baca soalan biar terperinci
hilangkan tekanan goyanglah kaki
pastikan semua jawapan telah diisi
betul @ salah biar Doktor saja yang adili

salah & silap harap diampunkan
terkasar bahasa anggaplah gurauan
untuk pembaca,sahabat budiman
ingatlah Efizi dalam doa kalian

ikhlas dari hati efizi....
( tgh malam seorang diri )

Wednesday, April 23, 2008

<:))< bERikU PeLUanG >((:>




"BERIKU PELUANG"

Inginku bercerita
Berkongsi bersama tentang hidupku
Kedukaan yang aku alami
Penderitaan yang aku tanggungi
Nanah yang ku hidapi
Sekian lama membeku di benak sanubariku

Kicauan burung merdu semesta
Kembangnya cempaka seirama usia mudaku
Berlari riang si anak kecil di halaman subur

Tapi sayangnya,
Belumpun puas ku merasai madunya dunia
Ku sangka panas ke senja
Rupanya gerimis di kala matahari tersenyum

Aku meniti lorong penuh kelabu
Ditemani awan yang pilu
Terlalu gidik,jijik lagi berliku
Hidupku punah segalanya kerna aku keliru
Antara cinta duniawi & cinta Illahi yang jitu

Kerana godaan syaitan
Aku terkandas aku gagal
Aku menjadi hilang pedoman diri
Aku tidak mengendahkan apa yang aku pelajari
Pesanan dari ibu bapaku dahulu

Aku tersasar pergi
Aku terjunam ke jurang yang penuh dalam
Mungkin tiada lagi cahaya untukku
Kembali semula

Dimanakah kau sahabat???
Kemana menghilangnya kau wahai teman???
Di manakah kata janji manismu dahulu???
Kejutkanlah wahai kawan dari gelap yang tidak berkesudahan ini

Bawalah aku ke dalam sinar
yang sememangnya aku rindui
Berilah aku peluang sekali lagi

Jika hari ini aku seorang pelajar
Aku akan belajar bersungguh-sungguh
Jika esok aku seorang belia
Aku akan berbakti pada masyarakat
Jika lusa pula seorang pemimpin
Aku akan memimpin ummah
Dengan adil berlandaskan nas

Ya Allah
Segala puji bagimu Ya Allah
Pencipta sekian alam,ampunilah diriku
Aku ingin tebus kesilapanku
Aku berjanji akan jadi yang terbaik
Maafkan aku,berilah aku peluang sekali lagi
Berilah aku peluang.....

JOHAN MENDEKLAMASI SAJAK
MMKT 2007
( PRIMASENI EFIZI )

Sunday, April 20, 2008

: KU POHON :




" KU POHON "

Dengan nama Al-Barri'
Agung pemberi & belasi
Buatmu segala panji
Rasul junjungan ku segani

Mu ku pohon
Keteguhan selunjur penuntut sejati
Ilmu agama yang ku mahkotakan
Menjejaki Al-Farabi
Cemerlang begemerlapan
Menghiasi didikan buat yang kehausan

Ku pohon jua
Dijauhi hasutan si pemurka
Yang tiada drama akhir buatnya
Mencarik iman semua yang berjiwa
Ku menagih dari Mu kemanisan redha

ikhlas bekarya ,
...EFIZI...

Tuesday, April 15, 2008

<:))< GURINDAM JIWA >((:>

Tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
didalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan muda
daun selasih dimakan kuda
bercerai talak tiada
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor ditengah laman
hendak mati dihujung kubur
hendak berkubur ditapak tangan

kalau tuan mudik kehulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga

Tuesday, April 8, 2008

TIADA YANG MUSTAHIL BAGIKU...( silat )

Bagaikan mimpi sahaja dengan apa yang aku telah lalui minggu lepas..Sertai silat yang tak pernah terlintas di fikiranku.Mungkin dahulu aku tak minat,tak berani & tak ingin mcuba..Mungkin suasana di sini yang menuntut kepada untuk sertainya memandangkan kurang aktiviti keluar peluh di sini.Jadi,nak tak nak aku kena sertai juga.Bak kata org,biar badan tu bgerak sikit.Berbadan besar tak seindah disangka.Banyak mudarat jika kita tiada inisiatif utk melawan penyakit.Sekurang-kurangnya kita berusaha utk elak dari sebarang penyakit...Siapa kata org bbadan besar tidak aktif & tidak layak utk masuk silat????

GAMBAR SEKITAR KURSUS PERTAHANAN DIRI TANTA..
( anjuran kelab waja diri tanta,ukks dpmt )


inilah efizi...


ngn wan o...."DIRIKU TAPAK SULAIMAN"




team silat tanta 2008

" TIADA YANG MUSTAHIL JUA UNTUK DIRI ANDA "