Monday, April 28, 2008

KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN BERJAYA

BAIT IZZAH-26 April,Sekali lagi Unit Pengetahuan & Pendidikan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (UPAP DPMT) sesi ini berjaya menganjurkan Kursus Motivasi Kecemerlangan.Kursus dimulakan pada jam 2.30 petang dengan ucapan Pengerusi DPMT Ust.Wan Hadiyuddin B.Wan Mahmood.
Memetik ucapan Pengerusi DPMT,beliau menyeru kepada semua ahli untuk belajar bersungguh-sungguh & bersama rakan-rakan yang lain untuk mencapai kejayaan disamping peranan sebagai penuntut ilmu Allah.
“Belajar ilmu agama itu sendiri merupakan satu tuntutan & mesti mengamalkan apa yang telah kita pelajari.Sahabat-sahabat juga perlu melipatgandakan usaha & membantu yang lain bagi meraih kecemerlangan di dalam peperiksaan.”,kata beliau.
Agenda diteruskan dengan ucapan penceramah jemputan,Ust Ahmad B.Yussuf yang juga lepasan Universiti Al-Azhar Tanta & merupakan salah seorang pelajar cemerlang apabila meraih pangkat Jayid pada tahun pertama & Jayid Jiddan pada tahun berikutnya.Turut membanggakan lagi dengan pencapaian pangkat Mumtaz di peringkat Ijazah Sarjana Lanjutan (M.A) di Universiti Al-Azhar Kaherah dalam Jurusan Usuluddin pengkhususan Tafsir.
Antara ucapan motivasi dari beliau ialah dekatkan diri setiap pelajar dengan Allah,kuatkan semangat ingin tahu tentang sesuatu ilmu dan sedar tanggungjawab sebagai pembawa agama & terhadap masyarakat di tanah air kelak.Beliau juga sempat berkongsi tips persediaan peperiksaan kepada peserta diantaranya banyakkan doa,cari cara sendiri yang terbaik untuk mengulangkaji pelajaran & berikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan.
Kursus yang terdiri dari 50 peserta ini diakhiri pada jam 6 petang dengan penyampaian cenderahati kepada ceramah jemputan diikuti slot pelancaran tabung kebajikan kepada setiap penghulu kamsis anjuran Unit Kebajikan & Tabung Derma (UKTD) & slot penerangan Cakera Mawaddah 3 oleh Unit Penerangan & Penerbitan (UPP).


: penceramah motivasi undangan,Ust Ahmad B.Yussuf :


: ucapan dari Pengerusi DPMT :


: antara peserta yang mengikuti kursus ini :

No comments: