Friday, June 27, 2008

Cabaran sebagai " PEMBACA PRUF "

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada apa yang lebih membanggakan apabila hasil kerja kita selama ini dinilai diterima oleh produksi luar yang sememangnya kita sendiri tidak mengenali barisan deligasinya tapi hanya produksinya. Tidak lupa juga apabila apa saja cabang yang kita ceburi melalui satu peningkatan yang baik dan mampu mencurah segala ilmu, pengalaman dan berkongsi dengan segenap lapisan apa yang ada. Inilah yang Islam anjurkan.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, penulis diberi peluang mencurah bakti melalui cabaran pembaca pruf kepada Suara Kampus Edisi Kelantan ( SKEK ) keluaran 41. Apabila ditanya apakah perasaan.Semestinya amat bersyukur dan teruja buat pertama kali sebagai pembaca pruf dan bekerjasama dengan produksi luar ( selain DPMT & BKPJM ).



Tugas sebagai pembaca pruf bukanlah sesenang sepertimana tanggapan sesetengah orang dan tak lah sesukar yang memerlukan kepada pengorbanan seperti berperang. Cabarannya meliputi menyemak semua ejaan perkataan, segi tatabahasa, penggunaan ayat dan mewarnakan kata-kata. Tugasan merangkumi dari kulit depan buku sehingga kulit belakang.



Tugas ini memerlukan kepada satu penelitian yang tinggi memandangkan ini kerja terakhir sebelum meminta izin terbit dari PMRAM dan percetakan dan perlu memastikan semuanya dalam keadaan baik kerana orang di luar sana yang akan membacanya.



Sumber rujukan mesti ada sebagai panduan. Contohnya Al-Quran, Kamus Dewan DBP edisi terbaru, kamus inggeris dan bahan rujukan yang lain.



Penulis memperoleh satu pengalaman yang baru dari sini dan bertambahnya kalimah bahasa melayu. Penulis juga tidak akan menolak jika diberi peluang sekali lagi untuk menggalas tugasan ini. Sekurang-kurangnya dapat kembalikan apa yang telah kita pelajari di sekolah dulu. Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak memberi didikan. Tak lupa juga terima kasih buat Ust Wan Hafiz kerana memberi peluang dan Ust Nurul Hisyam kerana sudi meminjamkan kamus dewan ini..



Jangan lupa dapatkan Suara Kampus Edisi Kelantan bilangan 41 di koperasi yang berhampiran dengan anda selewat-lewatnya awal Ogos. Wah promosi nampak! Ingat tu jangan tak beli....

Jumpa lagi..

Salam................

2 comments:

Unknown said...

salam... saya nur nadhirah pelajar UiTM Shah Alam, saya ingin menemubual encik bagi tajuk assignment saya, "cabaran sebagai pembaca pruf"..syarat bagi melaksanakan tugas ini adalah dengan menemubual encik..adakah encik mempunyai masa lapang? saya minta jasa baik encik untuk membalas komen saya ..terimakasih :)

Unknown said...

saya harap encik boleh membalas komen saya pada emel saya nadhirahinsyirah22@gmail.com