Saturday, March 29, 2008

KENANGAN MANIS SEPANJANG BULAN MAC '08

Sesuatu kenangan yang telah tercipta sukar untuk dilupakan.Lagi manis apabila saat bahagia itu dikongsi bersama insan tersayang di sekeliling kita....


( sambut ulangtahun bersama sahabat dari kaherah,saman esa.surprise party .. )



( gelagat di meja pendaftaran eminent '08 - kepelbagaian tema n pakaian )


( gelak tawa di bazar eminent '08)


( yang menjayakan pentomen '08 )


( sesuatu yang bertuah di konser eminent'08 MANIS )

terima kasih buat semua yang sudi menggembirakan hati & menerima diri ini seadanya...semoga segala bakti anda hanya Allah saja yang mampu membalasnya..

EFIZI di tengah malam...
-30 mac 2008-

Friday, March 28, 2008

" ADIK DI TANAH SUCI "

http://s283.photobucket.com/albums/kk285/EFIZI/?action=view¤t=PENTOMENTANTA08.flv

Thursday, March 27, 2008

JAULAH EXCO BKPJM KE MUHAFAZAH TANTA

carta organisasi ajkt BKPJM 2007/2008.

Ada berita baik buat anak negeri Johor di Bumi Badawi ini......AJKT BKPJM akan mengadakan jaulah AJKT ke muhafazah Tanta.
Berikut adalah butiran jaulah ajkt :
- 31 Mac 2008
- Hari Isnin
- 2.30 ptg
- Bertempat di Bait Izzah.
Antara agenda menarik jaulah ajkt :
# Sesi taaruf ajkt & ahli.
# Makluman info terkini BKPJM
# Mengutarakan permasalahan ahli
# Beramah mesra sesama ajkt & ahli.
# Jamuan
Setiap ahli diperuntukkan LE3 untuk jamuan & LE7 untuk yuran BKPJM bagi ahli sesi 2006/2007 dan sebelumnya.....
Segala makluman boleh berhubung dengan Mandub Tanta BKPJM,Ust.Huefiros Efizi B.Husain (+2010-2872796).
Bersama kita menghadirinya !!!
"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
-MANDUB TANTA BKPJM.

Tuesday, March 25, 2008

YA @ TIDAK ???

Baru seperti kelmarin saja rasa lega tamat peperiksaan fasa awal tamat,seperti semalam saja penulis rasa seronok bercuti di Semenanjung Sinai di samping melihat ciptaan Yang Maha Esa & seperti pagi tadi saja penat lelah bersama sahabat2 lain untuk menjayakan program mega DPMT EMINENT'08.


Percayalah....Ya @ Tidak???

Bukanlah tujuan penulis untuk membicarakan apa yang telah berlaku di bumi sejarah Firaun laknatullah ini,tetapi sedar @ tidak masa tetap berlalu tanpa berkepit dengan kita....Bulan Mac yang banyak meninggalkn kenangan manis buat penulis menanti hari untuk nafas terakhirnya.Bulan April pula nampaknya tidak sabar untuk bertamu menemani kita sepertimana yang telah dijanjikan dalam taqwim tahunan.Percaya atau tidak???

Ya @ Tidak???

Sudah ada sebahagian dari warga ardu kinanah ini disyaki mengidap demam peperiksaan.Kita bagaimana pula???Bagi penulis sendiri masih lagi berada dalam zon bersuka ria yang belum lagi terjumpa noktahnya.Inilah satu kelemahan penulis dari dulu lagi.....Penulis berharap sangat nasihat & teguran dari pembaca budiman sekalian..Terima kasih...Emmm peperiksaan yang menggerunkan semua penuntutnya...

Bak kata bapa penulis "kita sentiasa diuji & terus diuji.Kita jua tidak dapat tidak untuk lari dari itu....".

Ya @ Tidak???

Memandangkan Kelas Bimbingan Madrasatul Ilmi anjuran UPAP DPMT kembali mengaum di Bait Izzah,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengisi kerusi-kerusi yang berdebu dek kerana waktu berlalu.Penulis juga percaya bahawa DPM & BKAN lain juga sudah bertindak mengambil inisiatif untuk bersama memastikan ahlinya mencapai kejayaan yang unggul.Jika tenaga pengajar sudah bersedia untuk turun padang,semestinya ya untuk kita menyertainya.

Penulis tidak menafikan masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengulangkaji pelajaran,namun kemudahan tersedia luas untuk yang mahu mengikutinya.

Ya @ Tidak???

Pastikan ya untuk lebih rajin dari sebelum ini disamping duduk sama lenguh & berdiri sama teguh dalam menjejaki kecemerlangan idaman semua.Doakan sahabat-sahabat kita yang lain.Tidak lupa juga untuk katakan tidak malas,bosan,tidak percaya pada diri & segala macam tanggapan untuk terjunam ke kancah kegagalan.

Sekian kali ini manis dari penulis...

Monday, March 24, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN UMMI !!!


Hari ini 24 mac,genaplah umur emak aku yg ke 43...SELAMAT ULANG TAHUN UMMI....
Walaupun tahun ni tak dpt menyambut ulangtahun bersama sekali lagi,namun doaku sentiasa mengirimu dari perlembahan nil ini....Semoga hidup ummi lebih bahagia di samping keluarga tercinta,panjang umur,dimurahkan rezeki,kesihatan yang kekal & sentiasa ceria...AAMIN YA RABB..
SAYANG UMMI !!! SELAMAT ULANG TAHUN UMMI.

KEHANGATAN MANIS EMINENT '08

BISMILLAH...
segala puji bagi Maha Pencipta Allah Taala,Selawat & salam buat Rasul junjungan....& seluruh para sahabat seperjuangan baginda..



Kenangan pentomen Adik Di Tanah Suci memberi kenangan manis buat para pelakonnya apabila mendapat tindak balas positif dari para pononton MANIS'08...

ADIK DI TANAH SUCI dibintangi :

- Huefiros Efizi Husain

-Ridzuan Othman

-Baharuddin Dahlan

-Abd Halim Abd Jalil

-Md.Nur Mokhtar

-Mohd Fairuz

-Fidaiy Nasir

-Mohd Atiff

SINOPSIS ADIK DI TANAH SUCI :

Mengisahkan keharmonian sebuah keluarga di satu kampung yang terpencil namun keamanannya terancam.Kebahagiaan yang dicapai selama ini menemui noktahnya apabila si ayah terkorban angkara tentera yang jahil.Justeru dari kekecewaan yang berlaku,2 adik beradik yang baru saja kehilangan ayah tercinta tidak hanya menangis mengenang nasib,malah mempunya satu iltizam yang kuat untuk memperjuangkan agama suci & menegakkan negara yang tercinta dari anasir zalim.Namun keazaman seorang adik untuk turut serta bersama abangnya untuk berjuang terhalang kerana masih kecil untuk berbuat sedemikian yang juga turut dihalang oleh atuknya sebagai penjaga setelah kehilangan ayahnya..Benar kata pepatah,sudah jatuh ditimpa tangga lagi.Sepemergian abang untuk berjuang akhirnya gugur di jalan Syahid beserta rakan-rakannya.Lantaran kekecewaan yang dialami oleh adik menyebabkan adik jua terkorban apabila ingin menyelamatkan atuknya dari tembakan tentera zalim itu...