Tuesday, March 25, 2008

YA @ TIDAK ???

Baru seperti kelmarin saja rasa lega tamat peperiksaan fasa awal tamat,seperti semalam saja penulis rasa seronok bercuti di Semenanjung Sinai di samping melihat ciptaan Yang Maha Esa & seperti pagi tadi saja penat lelah bersama sahabat2 lain untuk menjayakan program mega DPMT EMINENT'08.


Percayalah....Ya @ Tidak???

Bukanlah tujuan penulis untuk membicarakan apa yang telah berlaku di bumi sejarah Firaun laknatullah ini,tetapi sedar @ tidak masa tetap berlalu tanpa berkepit dengan kita....Bulan Mac yang banyak meninggalkn kenangan manis buat penulis menanti hari untuk nafas terakhirnya.Bulan April pula nampaknya tidak sabar untuk bertamu menemani kita sepertimana yang telah dijanjikan dalam taqwim tahunan.Percaya atau tidak???

Ya @ Tidak???

Sudah ada sebahagian dari warga ardu kinanah ini disyaki mengidap demam peperiksaan.Kita bagaimana pula???Bagi penulis sendiri masih lagi berada dalam zon bersuka ria yang belum lagi terjumpa noktahnya.Inilah satu kelemahan penulis dari dulu lagi.....Penulis berharap sangat nasihat & teguran dari pembaca budiman sekalian..Terima kasih...Emmm peperiksaan yang menggerunkan semua penuntutnya...

Bak kata bapa penulis "kita sentiasa diuji & terus diuji.Kita jua tidak dapat tidak untuk lari dari itu....".

Ya @ Tidak???

Memandangkan Kelas Bimbingan Madrasatul Ilmi anjuran UPAP DPMT kembali mengaum di Bait Izzah,sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengisi kerusi-kerusi yang berdebu dek kerana waktu berlalu.Penulis juga percaya bahawa DPM & BKAN lain juga sudah bertindak mengambil inisiatif untuk bersama memastikan ahlinya mencapai kejayaan yang unggul.Jika tenaga pengajar sudah bersedia untuk turun padang,semestinya ya untuk kita menyertainya.

Penulis tidak menafikan masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mengulangkaji pelajaran,namun kemudahan tersedia luas untuk yang mahu mengikutinya.

Ya @ Tidak???

Pastikan ya untuk lebih rajin dari sebelum ini disamping duduk sama lenguh & berdiri sama teguh dalam menjejaki kecemerlangan idaman semua.Doakan sahabat-sahabat kita yang lain.Tidak lupa juga untuk katakan tidak malas,bosan,tidak percaya pada diri & segala macam tanggapan untuk terjunam ke kancah kegagalan.

Sekian kali ini manis dari penulis...

No comments: