Friday, June 27, 2008

Cabaran sebagai " PEMBACA PRUF "

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada apa yang lebih membanggakan apabila hasil kerja kita selama ini dinilai diterima oleh produksi luar yang sememangnya kita sendiri tidak mengenali barisan deligasinya tapi hanya produksinya. Tidak lupa juga apabila apa saja cabang yang kita ceburi melalui satu peningkatan yang baik dan mampu mencurah segala ilmu, pengalaman dan berkongsi dengan segenap lapisan apa yang ada. Inilah yang Islam anjurkan.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, penulis diberi peluang mencurah bakti melalui cabaran pembaca pruf kepada Suara Kampus Edisi Kelantan ( SKEK ) keluaran 41. Apabila ditanya apakah perasaan.Semestinya amat bersyukur dan teruja buat pertama kali sebagai pembaca pruf dan bekerjasama dengan produksi luar ( selain DPMT & BKPJM ).



Tugas sebagai pembaca pruf bukanlah sesenang sepertimana tanggapan sesetengah orang dan tak lah sesukar yang memerlukan kepada pengorbanan seperti berperang. Cabarannya meliputi menyemak semua ejaan perkataan, segi tatabahasa, penggunaan ayat dan mewarnakan kata-kata. Tugasan merangkumi dari kulit depan buku sehingga kulit belakang.



Tugas ini memerlukan kepada satu penelitian yang tinggi memandangkan ini kerja terakhir sebelum meminta izin terbit dari PMRAM dan percetakan dan perlu memastikan semuanya dalam keadaan baik kerana orang di luar sana yang akan membacanya.



Sumber rujukan mesti ada sebagai panduan. Contohnya Al-Quran, Kamus Dewan DBP edisi terbaru, kamus inggeris dan bahan rujukan yang lain.



Penulis memperoleh satu pengalaman yang baru dari sini dan bertambahnya kalimah bahasa melayu. Penulis juga tidak akan menolak jika diberi peluang sekali lagi untuk menggalas tugasan ini. Sekurang-kurangnya dapat kembalikan apa yang telah kita pelajari di sekolah dulu. Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak memberi didikan. Tak lupa juga terima kasih buat Ust Wan Hafiz kerana memberi peluang dan Ust Nurul Hisyam kerana sudi meminjamkan kamus dewan ini..



Jangan lupa dapatkan Suara Kampus Edisi Kelantan bilangan 41 di koperasi yang berhampiran dengan anda selewat-lewatnya awal Ogos. Wah promosi nampak! Ingat tu jangan tak beli....

Jumpa lagi..

Salam................

Thursday, June 26, 2008

XPDC di PIRAMID

Bagi siswa di Perlembahan Nil, Mesir ini mempunyai perancangan masing-masing bagi mengisi masa terluang itu setelah mengerah otak untuk peperiksaan yang telah berlangsung. Ada yang terus bermunajat di masjid-masjid sambil mengikuti kelas pengajian, ada pula yang hanya memanjakan diri diri di rumah saja memandangkan demam EURO 2008 belum berakhir dan ada juga tak lepas peluang mengikuti program-program yang dianjurkan oleh persatuan antaranya ekspidisi ke Matruh dan Siwa, hari keluarga dan daurah kitab.

Bagi penulis sendiri, memilih untuk menyertai program ekspidisi ke piramid anjuran Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir memandangkan tidak pernah turut serta ekspidisi melalui persatuan ini dan tidak bertindih dengan mana-mana program pada 22 Jun 2008 baru-baru ini.

Penulis menemui pengalaman baru dalam menyertainya apabila 75% penyertanya terdiri dari pelajar baru sesi ini. Ada yang penulis kenal sejak sekolah lagi dan ada yang baru kenal. Dari sini juga dapat kenalan baru.

Penulis ingin berkongsi saat-saat manis dengan pengunjung setia blog ini.


Sebahagian peserta ekspidisi ini. Bergambar sudah menjadi kemestian bagi kami.hehehe.


Bersama KAM yang boleh dilayan kepala dia..best!


Bersama azim & ulum...


mereka yang sertainya.


Bergaya itu satu kemestian walau di manapun.


pemandangan dari panorama piramid...


Pengalaman pertama kali menaiki unta..


Bersama abang mudeyz yang ceria selalu dan rakan-rakannya.



khas buat tatapan pengunjung setia blog ini...terima kasih kerana sudi membaca dan menilai blog ini..

Thursday, June 12, 2008

-KOLEKSI PUISI EFIZI - ( bil.3 )

Salam Pemuisi

" SEUSAI TANGISMU "



Ya,aku mengerti nilai tangismu
Melalui babak perit lagi tersepit
Tertekan untuk menawan apa yang dituju
Yang pasti ini sebuah sunnah perjuangan
Sememamngnya aku sehaluan penderitaanmu

Bapaku pernah berkalam,
"Bukan mudah untuk menggenggam segulung ijazah.
Usah getir...

Lupakan kekesalan pengorbanan tika ini
Jangan diratapi jerihan saat ini
Bahkan,mesti berwibawa penuh jitu
Bersemangat meniti titian kejayaan
Menghalusi setiap bait melodi kecemerlangan
Dengan tekad kita mampu menggalasnya

Tiada hamparan baldu nan indah
Buat si kecewa yang terlena dalam mimpi
Sekadar tersenyum di arena fantasi

Yang hanya untuk kita
Berusaha,berusaha,berusaha & berserah
Ke hadrat Illahi yang Maha Pemberi
Yakin dan pasti kebanggan yang mutlak
Sebuah pengharapan yang hakiki
Kemanisan dinanti akan hadir
Seusai jeritan tangismu.

Pena asal,
HUEFIROS EFIZI
6/6/2008
2.30 PG

Tuesday, June 10, 2008

JADI PEMUISI PULA

ASSALAMUALAIKUM...SALAM PERJUANGAN


Penulis.

Bidang lakonan & arahannya,pantun,debat, sajak,syarahan,pengacaraan semuanya pernah penulis mendalaminya.Paling membanggakan pula apabila pernah mendapat pengiktirafan dalam bidang tersebut samada di peringkat sekolah lagi sehinggalah IPT,peringkat sekolah mahupun kebangsaan.Semuanya meninggalkan kenangan manis walaupun sesekali pernah ditusuk sembilu.Penulis mesti ambil itu semua sebagai cabaran terjun ke bidang seni ini.Mula menceburkan diri seawal 9 tahun tidaklah mematahkan semangat penulis untuk terus memberikan yang terbaik & sentiasa mencari ruang untuk kembangkan sayap dalam bidang yang amat diminati ini.Terutamanya ke dalam bidang yang belum diceburinya.Namun,penulis juga seorang insan biasa yang bergantung kepada ruang & peluang dang ada.

Di sini bukanlah penulis ingin menceritakan apa-apa bidang yang telah ditulis seperti di atas semata-mata,bahkan ingin berkongsi tentang bidang yang tak asing lagi buat seorang penuntut.Iaitu bidang penulisan.Hahahaha...Tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ini,jiwa penulis ghairah untuk serius dalam bidang ini.Lagipun bidang ini taklah baru untuk penulis.Hampir 10 tahun dah menghambakan diri.Sajak SEBUAH MEMORI membuka tirai bidang penulisan penulis....Mungkin dulu penulis menganggap bidang ini sekadar suka-suka sahaja.Namun tahun & musim berlalu,kesedaran kepentingannya amat dirasai terutamanya penulis ini berada dalam bidang agama & ia amat diperlukan sebagai salah satu medium penyebaran dakwah islami.

Untuk menulis bukanlah terlalu sukar sepertimana tanggapan dari sesetengah pihak.Tulis apa yang kita rasa.Pemilihan tajuk & tema pada permulaan menulis membantu kepada penulisan seterusnya.Penulisan juga suatu luahan perasaan dari hati.Tak salahlah kalau ada orang yang membayangkan penulis ni seorang yang berilusi & beremosi.Tanggapan masing-masing.Penulis juga memperkenalkan ruangan terbaru dalam blog penulis ini..Ruang itu yang berjudul "KOLEKSI PUISI EFIZI" akan menghimpunkan di antara hasil karya penulis sendiri.Tiada ciplak & semuanya asli.Setakat ni dah terisi 2 karya iaitu KU POHON & BERIKU PELUANG..

Terima kasih juga buat abah,ummi,cikgu-cikgu & sahabat-sahabat yang banyak memberi tunjuk ajar kepada penulis mengenali apa itu penulisan..

Selepas ini,diharapkan dari sahabat-sahabat sebentuk sokongan yang padu untuk penulis sendiri dalam penghasilan karya-karya yang lebih bermutu mengikut arus perdana.Penulis juga mengajak semua pembaca untuk turut serta ke dalam bidang ini kerana anda akan mendapat sebuah kepuasan yang pasti apabila menulis.

Pencapaian penulis dalam bidang penulisan :

- Johan Mencipta Sajak Maahad Johor 2004 ( DULU,KINI & AKAN DATANG )
- Sajak "DIALAH DIAN" terpilih Majalah Al-Irsyad 2004
- Johan Menulis Cerpen Terbuka AF1 BKPJM 2006 (LAYAR PUJANGGA)
- Johan Mendeklamasi Sajak MMKT DPMT 2007 ( BERIKU PELUANG )
- Cerpen LAYAR PUJANGGA dimuatkan dalam Buletin Mansurah 2008
- Sajak "KU POHON" dimuatkan dalam Suara Permata DPMT 2008
- Sebagai wartawan dalam Majalah Al-Irsyad 2004 & Suara Permata 2008.

JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI "KOLEKSI PUISI EFIZI"..

Salam Manis,

PRIMASENI EFIZI